PENGENALAN BETAKOS adalah satu kaedah beladiri yang mudah dan ringkas tetapi cukup berkesan. Perkataan BETAKOS diambil dari perkataan beladiri tangan kosong. Ianya saya asaskan berdasarkan pengalaman serta kajian saya selama lebih dari 30 tahun dalam seni mempertahankan diri.
TEKNIK
BETAKOS melatih peserta-pesertanya secara keseluruhan. Dari teknik tumbukan, tendangan, senjata hinggalah kepada teknik pergelutan sebenar. Dari teknik pertahanan, teknik serangan, teknik melepaskan diri dan mematikan gerak lawan.
Latihan-latihan BETAKOS menggunakan kaedah-kaedah sains sukan tanpa meninggalkan kaedah lama yang dikenalpasti kesaesuaiannya. Teknik-teknik BETAKOS lebih relevan dan terus tertumpu kepada kaedah pertempuran sebenar. Namun peserta-peserta tidak perlu risau kerana semua latihan dibuat secara sistematik, terkawal dan dibawah pengawasan terus dari jurulatih. Peserta akan dilatih terus menggunakan alat-alat latihan seperti punching bag, boxing pads dan kicking pads. Kaedah latih tubi berterusan digunakan sebagai latihan asas untuk memantapkan reflex dan tenaga pukulan.
BETAKOS juga mengajar pelatih-pelatihnya sistem pernafasan yang dipanggil " SENAMAN PERNAFASAN BIO-ELEKTROMAGNET ". Senaman pernafasan ini terdiri dari 7 jurus dan InsyaAllah dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan tubuh dan kecerdasan minda pengamalnya. Senaman ini juga dapat membantu penyembuhan penyakit-penyakit seperti darah tinggi, masalah jantung, migrain, kencing manis dan juga penyakit misteri. Senaman ini sangat jarang ada pada seni mempertahankan diri.
SENAMAN HARIMAU pula adalah satua siri senaman regangan yang dibuat secara sistematik. Ia amat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan dan tenaga batin (kelelakian). Ia boleh juga diamalkan oleh kaum wanita.
FAEDAH MENYERTAI BETAKOS
Teknik pertahanan diri yang tidak memerlukan masa sehingga bertahun untuk ditamatkan. Memahami konsep "gerak" , "latah" dan "ruang kosong" sudah cukup menumbangkan musuh. Pelajari teknik dari seorang juara. Pelajari teknik pertahanan diri dari seorang anak tua 13 tahun pengabdian diri dalam Silat Pendekar Bertuah. Pelajari ilmu dari seorang yang benar-benar pendekar dan masih pendekar sampai akhir hayat. Semuanya dengan izin Allah.
1. Mempelajari teknik-teknik pertempuran sebenar untuk beladiri. 2. Mengkaji teknik beladiri yang sesuai untuk digunakan mengikut keupayaan fizikal individu. 3. Kecergasan dari segi fizikal dan minda. 4. Penguasaan ilmu "Ilmu Setitik Menjadi Lautan Tanah Sekepal Menjadi Gunung" - Ilmu yang sedikit tapi manfaatnya terlalu banyak ibarat Hang Tuah hanya menuntut ilmu persilatan selama 3 bulan sahaja tapi Gahnya seluruh alam.
KELAS BIASA (Pengambilan sentiasa terbuka)
Pada setiap hari : Selasa dan Sabtu Waktu : 8.00 pagi - 10.00 malam
Pendaftaran : RM 100.00 Yuran : RM 80.00 (bulanan) Untuk senaman pernafasan dan senaman harimau sahaja dibuka pada hari Ahad jam 10.00 pagi - 11.30 pagi. Yuran RM 60.00
Pakej khusus untuk yang berminat belajar dirumah atau dipusat latihan.
PAKEJ : ~ Latihan BETAKOS Intensif ~ Latihan Senjata Intensif ~ Latihan Sistem Pernafasan Bioelektromagnet ~ Latihan Senaman Tradisi - Senaman Harimau