| Hasil Pertama Dari Latihan Teknik Abang Ruzaidi - Ketiga Kejohanan Pencak Silat Terbuka KISAS |
|
|
|
| Written by Akademi Alam Satria |
| Thursday, 01 July 2010 08:02 |
|
Assalammualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah pada 26 jun 2010 yang lalu.. 3 orang anak buah cikgu alwee dari pasukan pencak silat SMTPJB telah menyertai satu pertandingan Pencak Silat (Silat Olahraga) Terbuka Sekolah-Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor... Pertandingan bermula jam 9 pagi dan berakhir 9 malam.. Fomat pertandingan yang digunapakai adalah "kalah mati".. sebanyak 46 pasukan dari beberapa negeri telah menyertai pertandingan tersebut.. Setelah berhempas pulas mengerahkan tenaga.. Alhamdulilllah 3 orang anak murid cikgu Alwee telah berjaya meraih tempat ketiga bersama keseluruhan (BENDAHARA) ... Walaupun hanya menduduki tempat ketiga, itu merupakan pencapaian terbaik kerana ini adalah kali pertama mereka menyertai pertandingan silat olahraga yang melibatkan banyak pernyertaan.. Mereka bertiga merupakan antara yang menerima didikan permainan olahraga versi Abang Ruzaidi yang disampaikan oleh cikgu Alwee... Kaedah kombinasi dan counter kombinasi merupakan aset utama dalam usaha melangkah ke separuh akhir... Kerana kekurangan pengalaman dan tempoh perlawanan yang pendek menyebabkan mereka tewas pada pusingan semi final.. tapi bagi cikgu Alwee ianya cukup berbaloi.. selain dari kaedah serangan berkombinasi dan counter kombinasi.. mereka juga menggunakan teknik "Alam Terang & Alam Gelap".. Teknik yang mudah ini menjadikan mereka senang untuk menggelirukan lawan.. InsyaAllah mereka akan terus di didik dengan teknik Abang Ruzaidi yang masih belum habis di kuasai.. Mereka akan terus di upgrade supaya benar-benar menguasai permainan dan teknik versi abang Ruzaidi.. Walaubagaimanapun segala teknik akan dicurahkan, ianya bergantung kepada pelajar tu sendiri untuk memilih mana yang sesuai, relevan dan senang untuk digunakan.. Begitulah cara dan teknik abang Ruzaidi yang tidak mengongkong pelajar-pelajarnya..
Akhir Sekali ribuan terima kasih sekali kepada guru silat olahraga saya Abang Ruzaidi Abd.Rahman (Wak Didi)yang banyak membantu saya dalam penghasilan teknik yang berkesan dan kepada sahabat silat yang setia Hamzah Ali (Black) dan juga Paktam bersama-sama memerah tenaga dan menyumbangkan teknik dan idea kepada anak didik saya.. ... Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian...
Get Ready Sebelum Bertempur
Side Kick yang tepat kepada sasaran oleh Fendy. |
| Last Updated on Thursday, 01 July 2010 14:16 |






