PR Checker

PageRank

Iklan Penganjur


Designed by:
SiteGround web hosting Joomla Templates
BETAKOS | SILAT OLAHRAGA | MIND POWER - Seni Beladiri Bersenikan Gerak Silat Melayu
Imbauan Lagenda Silat Dunia PDF Print E-mail
Written by Akademi Alam Satria   
Saturday, 06 March 2010 04:47

Keratan Akhbar News Strait Times 2 september 1989 .. Master Ruzaidi dan Tun M .Semoga Malaysia melahirkan lebih ramai lagi pesilat berstatus antarabangsa seperti Master Ruzaidi...

Last Updated on Saturday, 06 March 2010 04:53
 
DVD Silat Olahraga Khas Untuk Anda - Latihan Bersama Master Ruzaidi PDF Print E-mail
Written by Akademi Alam Satria   
Tuesday, 10 November 2009 10:00

Salam semua.. Sepertimana yang kami janjikan untuk anda.. DVD silat olahraga , latihan bersama Master Ruzaidi sudah pun
diterbitkan dan kami bersedia untuk menerima tempahan dari anda semua yang berminat untuk menguasai ilmu silat olahraga
dari seorang juara. Pengalaman berpuluh tahun dalam bidang persilatan khususnya Silat Olahraga, membuatkan beliau meraih
beberapa kejayaan di persada dunia sebagaimana yang kita ketahui.

Oleh yang demikin DVD ini mengandungi teknik-teknik yang beliau gunakan dari dulu hingga sekarang dalam menggapai impian
memiliki gelaran JUARA DUNIA..Dapatkan segera sebelum ianya kehabisan stok.. Hanya 100 salinan sahaja akan dibuat. Dan kini
sudah 11 keping DVD Silat Olahraga ini dimiliki oleh peminatnya. Ini bermakna ada lagi 89 keping sahaja lagi untuk anda miliki..

Berikut gambaran DVD yang sebenar dan persediaan sebelum di poskan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.0 Gambaran Cover DVD depan & belakang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.1 Label untuk DVD didalam Case

 

 

 

 

 

1.2 Bersedia menjadi milik anda

 

 

 

 

1.3 Dah sedia untuk dipos (Menggunakan pos ekspress)

 

Kami gunakan bahan yang terbaik dan berkualiti untuk menghasilkan DVD ini dengan harga RM55 / RM65 pastinya menjadi
harga mampu milik oleh anda...Rebutlah peluang selagi masih ada.

Layari Silat Olahraga Master Ruzaidi untuk mengetahui cara menempah DVD yang terlalu berharga ini.

 

Last Updated on Tuesday, 10 November 2009 11:07
 
Silat Olahraga DVD Training - Volume 1 - By Master Ruzaidi Silat Olahraga World Champion- DVD Pre-Release PDF Print E-mail
Written by Akademi Alam Satria   
Tuesday, 22 September 2009 14:07

Salam semua.. Ada berita gembira untuk semua peminat ilmu beladiri khususnya dalam silat olahraga.. Akademi Alam Satria bakal melancarkan DVD latihan Silat Olahraga bersama Master Ruzaidi pada 31 oktober ini.. Daftar sekarang untuk dapatkan diskaun DVD pada hari pelancaran.. Berikut adalah latarbelakang DVD tersebut. :-

 

DVD latihan silat olahraga oleh bekas juara kebangsaan dan dunia. Semua aksi di rakam menggunakan handy cam sony DCR - SR42. Editing BY Corel Video Studio 12. Kualiti HD. InsyaAllah segala tips dan teknik dapat dilihat dan difahami dengan jelas.

DVD akan dilancarkan pada akhir bulan Oktober 2009 . DVD Siri 1 ini merangkumi latihan asas, teknik tumbukan, tendangan, jatuhan, serangan, belaan dan falsafah dalam pertempuran silat olahraga. Teknik yang anda perolehi ini boleh digunakan dalam pemakaian seharian.

Daftar Sekarang di http://silatolahraga.betakos.com untuk mendapatkan diskaun hebat untuk DVD akan datang serta diskaun kursus yang di anjurkan oleh Akademi Alam Satria sepenuhnya dikendalikan oleh Master Ruzaidi. DVD hanya akan dicetak sebanyak 100 salinan sahaja untuk jualan di Malaysia sahaja. Untuk Salinan seterusnya akan dinaikan harga kepada harga antarabangsa, hal ini kerana selepas 100 salinan di keluarkan ianya akan di pasarkan ke pasaran antarabangsa mengikut harga matawang asing.

Jika anda mendaftar hari ini, anda akan menerima mp4 tips dan petua dari Master Ruzaidi selama 20 minit khususnya dalam Silat Olahraga secara percuma.

Last Updated on Thursday, 24 September 2009 11:20
 
Kursus Pengukuhan Jatidiri - Beladiri Untuk Pengawal Keselamatan Bank Rakyat PDF Print E-mail
Written by Akademi Alam Satria   
Tuesday, 21 July 2009 12:00
Bermula Pada Bulan Mei yang lalu hingga ke bulan Julai ini.. Master Ruzaidi telah mula meluaskan ilmunya ke peringkat masyarakat.. Kali ini beliau telah mengadakan satu kursus jatidiri beladiri khas untuk pengawal-pengawal keselamatan Bank Rakyat Sekitar Kuala Lumpur.. Kursus beberapa siri yang telah berlangsung selama sebulan ini telah banyak memberi impak yang lebih berkesan dalam melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri.. Hayati gambar-gambar ketika kursus diadakan :-










Last Updated on Tuesday, 21 July 2009 13:53
 
Selamat Datang Ke Laman BETAKOS PDF Print E-mail
Written by Akademi Alam Satria   
Sunday, 03 May 2009 04:18

Assalammualikum dan salam sejahtera..

Terima Kasih kepada anda yang sudi untuk  melayari laman web rasmi BETAKOS - Beladiri Tangan Kosong. Laman web ini diselenggara penuh oleh "Akademi Alam Satria" yang berpusat di Johor Bahru. Tujuan laman web ini dibangunkan adalah kerana untuk menimbulkan kembali "permata" yang suatu ketika dahulunya pernah bersinar.

Permata yang dimaksudkan adalah permata dalam ilmu persilatan. Bakat. ilmu dan pengalaman beliau sememangnya perlu dikongsikan kepada umum. Dalam usaha mempertabatkan silat sebagai beladiri pilihan, kita sememangnya perlu kepada seorang jaguh yang sebenar dalam ilmu persilatan. 

Ketandusan pesilat-pesilat bertaraf dunia dan permainan gelanggang pesilat-pesilat sekarang bagaikan hilang arah. Sedangkan beribu perguruan persilatan tumbuh bagaikan cendawan. Tapi, sukan silat masih lagi tidak mendapat tempat dihati orang Melayu begitu juga mutunya yang semakin menurun

 Justeru itu pihak Akademi Alam Satria selaku Setiausaha BETAKOS MALAYSIA SELATAN  bersama Master Ruzaidi i terpanggil untuk  menjadikan Master Ruzaidi ini sebagai idola Seni Beladiri Malaysia khususnya dalam dunia persilatan. Keilmuannya yang cukup tinggi digarab dengan pengalaman yang tersangat berharga tidak dijumpai pada mana-mana pendekar ataupun pesilat di Malaysia ini perlu dikongsi bersama pesilat-pesilat yang bertaraf sekolah rendah, menengah, universiti, negeri dan juga kebangsaan...

Rebutlah peluang bersama "orang lama" yang sentiasa bernafas baru dalam aliran persilatan. Pilihlah ilmu bukan kerana sijil dan pangkat tapi cari ilmu dari orang yang benar-benar berilmu... 

Laman web ini sebagai penghubung kepada peminat dan anak murid Master Ruzaidi yang sedia ada dan yang baru ingin belajar denganya. Selain dari kursus beladiri BETAKOS, beliau juga bersedia untuk melaksanakan seminar Silat Olahraga dan Pembukaan Kuasa Minda yang merupakan satu ilmu akal fikiran anugerah Allah yang banyak membantu Master Ruzaidi menjadi juara.

Segala pertanyaan tentang kursus dan seminar sila hubungi 0127976977 (Cikgu Alwee) ataupun 013-266 1643 (Master Ruzaidi) .. Biarpun dimana anda berada.. Sekiaranya anda bersungguh-sungguh dan cintakan ilmu jemputlah kami untuk ketempat anda... InsyaAllah kami akan sampai...



 
Kepada pesilat yang baru ssaja mengenali silat, mungkin anda tidak kenal akan personaliti ini... Untuk maklumat lanjut tentang personaliti ini anda teruskan baca kandungan dalam laman web ini. Rebutlah ilmu dari seorang pendekar yang sebenar-benarnya bukan dari pendekar yang Gah hanya pada nama tapi bukan pada ilmu.

 UNTUK PENGETAHUAN PENGUNJUNG LAMAN WEB INI MASIH LAGI DALAM PERCUBAAN... SEGALA PERUBAHAN AKAN BERLAKU DARI MASA KESEMASA.

Last Updated on Sunday, 03 May 2009 10:52
 
« StartPrev12NextEnd »

Page 2 of 2